Program NADI Awareness x Safe & Shield di sekolah SK Pogoh, Segamat

15 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Program Klik Dengan Bijak di sekolah SK Pogoh.

Pada 14 Januari 2025, kami telah melaksanakan program NADI Awareness x Safe & Shield yang berjaya dilaksanakan di SK Pogoh. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada warga sekolah termasuk:
- Kesedaran Siber Buli: Sesi penerangan kepada pelajar tentang langkah bijak dan selamat di alam siber untuk mengelakkan siber buli.
- Kaunter My Digital ID: Pendaftaran dan penerangan mengenai My Digital ID bagi membantu warga sekolah mengenali identiti digital masing-masing.
- Saringan Kesihatan: Pemeriksaan kesihatan khas untuk para guru bagi memastikan kesejahteraan warga pendidik terpelihara.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, termasuk para pelajar, guru, dan pihak penganjur. Marilah kita teruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan sihat untuk semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali