Program pameran booth NADI di sekolah SK Buloh Kasap, Segamat sempena Hari Kanak-kanak dan Keusahawanan
13 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2025, kami telah melaksanakan program pameran booth NADI di SK Buloh Kasap sempena hari kanak-kanak dan keusahawanan. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada warga sekolah termasuk:
- Kesedaran Siber Buli: Sesi penerangan kepada pelajar tentang langkah bijak dan selamat di alam siber untuk mengelakkan siber buli.
- Kaunter My Digital ID: Pendaftaran dan penerangan mengenai My Digital ID bagi membantu warga sekolah mengenali identiti digital masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, termasuk para pelajar, guru, dan pihak penganjur. Marilah kita teruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan sihat untuk semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: